Bekas pegawai polis menitiskan air mata gara-gara dimalukan anak kesayangannya

Bekas pegawai polis menitiskan air mata gara-gara dimalukan anak kesayangannya

Pengakuan Syamsul Yusof yang sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand tertanya membuatkan ramai kecewa terutama sekali isteri pertama, Puteri Sarah dan ibu kepada pengarah tersebut, Datin Patimah Ismail.

Menerusi temu bual Melodi, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam mengakui kecewa dengan tindakan Syamsul membelakangkan keluarga namun tidak sedalam hati isterinya, Datin Patimah.

“Bohong kalau cakap saya tak kecewa. Luahan hati saya mungkin tak sama datin sebab dia seorang ibu. Saya berpesan kepada datin kita doakan yang terbaik.

“Kalau timbul permasalahan lagi, saya harap Syamsul akan bagi penjelasan dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Jika ditakdirkan mereka tidak ada jodoh (harap tidak berlaku), Syamsul kena bertanggungjawab dengan isteri dan anak-anak,” katanya, memetik portal RotiKaya

Yusof turut menitipkan pesanan kepada Syamsul bahawa tanggungjawab suami dan ayah bukan semata dengan memberi wang tetapi menjaga perasaan masing-masing.

“Bukan semata-mata hanya bagi duit. Kehidupan ini bukan satu perkara mudah. Kehidupan ini satu perjuangan,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof dilihat tidak dapat menahan air mata turut berharap Syamsul, Puteri Sarah serta dirinya bersama isteri terus kehadapan dan move on.

“Saya harap Syamsul move on, Sarah move on, saya dan isteri saya juga move on. Kita harus memandang ke hadapan. Sesuatu yang dah berlaku kita tak boleh patah balik

“Kita harus terima qada dan qadar. Saya sebagai seorang ayah sentiasa doakan yang terbaik itu sahaja. Saya tak mahu cakap soal kecewalah. Syamsul saya harap lebih bertanggungjawab. Kehidupan ini bukan satu perkara mudah. Kehidupan ini satu perjuangan.

“Perjuangan untuk mempertahankan rumah tangga, pertahankan isteri. Menjalankan tanggungjawab suami bukan hanya memberi nafkah duit semata-mata tetapi menjaga perasaan masing-masing. Suami perlu menjaga perasaan isteri dan isteri juga perlu melakukan yang sama,” katanya.