Bekas pemain badminton kini jadi jurulatih di China kritik BAM, keluarkan kenyataan berbaur rasis

Isu kaum adalah isu paling sensitif untuk dibicarakan.
Mengikut Akta Perpaduan Negara, sesiapa yang mencetuskan suasana yang menggugat perpaduan boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
“Selain itu, mereka juga boleh disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Bagi kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan kesalahan menghasut siasat mengikut Subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
Bekas Pemain Badminton Kini Jadi Jurulatih Di China Kritik BAM
Jika sebelum ini, atlet hoki kebangsaan Hanis Nadiah Onn menerima padah apabila digantung mewakili pasukan hoki kebangsaan termasuk temasya Sukan Sea Kemboja 2023 kerana mengeluarkan kenyataan mengenai bau ketika konsert artis terkenal India, Ar Rahman.
Terkini, isu rasis kembali apabila bekas pemain badminton negara, Guang Yik yang kini menjadi jurulatih di China dalam satu videonya mengeluarkan satu kenyataan berbaur rasis.
Katanya, prestasi pemain lemah, tidak ada pemain berjaya ke final dan tidak menyerlah di bawah BAM kerana Pengurusan Badminton Malaysia (BAM) diterajui oleh orang Melayu.
Bahkan dirinya turut mengaitkan orang Melayu hanya tahu makan saja selain mengaitkan isu solat lima kali sehari yang menjadi punca kelemahan BAM. Bahkan lebih teruk dirinya mencadangkan agar pihak pengurusan BAM digantikan dengan orang Cina.
Keluarkan Kenyataan Berbaur Rasis
Hal ini didedahkan oleh seorang individu bernama Ah Boy Badminton di tweetnya @AhBoyBadminton yang telah menterjemahkan semua kenyataan dikeluarkan oleh Guang Yik dalam videonya.
Bahkan dirinya sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan bekas pemain badminton ini kerana beranggapan dirinya cuma mahu membangkitkan isu yang tidak sihat.
“Eh bang, gunalah otak tu sebelum cakap. Kita hidup dengan Malaysia. Ada kaum Cina, kaum Melayu, kaum India dan kaum lain. Kamu cakap kata-kata yang rasis lepas tu postkan di Tik Tok versi China tu. Ramai orang China yang tengok tu.