Belanja 2 juta & guna 350 dron dari UK, netizen puji marketing kreatif dan bertaraf antarabangsa jenama Bulan Bintang

Belanja 2 juta & guna 350 dron dari UK, netizen puji marketing kreatif dan bertaraf antarabangsa jenama Bulan Bintang

Pada hari Sabtu lalu, jenama Bulan Bintang telah ‘mewarnakan’ sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur dengan cahaya dron dan projection mapping semasa berlangsungnya acara pertunjukan fesyen baju raya ‘Bulan Bintang Takes The Sky’.

Sebanyak 350 biji dron yang diterbangkan khas ke Malaysia untuk membuat beberapa formasi di udara seperti logo Bulan Bintang, alamat laman web Bulan Bintang, bentuk countdown watch, baju melayu, baju kurung dan kapal UFO.

Beberapa video yang dimuat naik pengguna media sosial telah mendapat pujian daripada netizen kerana ini pertama kalinya orang ramai melihat jenama lokal pakaian raya menggunakan dron dan projection mapping untuk mempromosikan koleksi baju raya.

Orang ramai juga memuji pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berani membuat kelainan dengan membawakan idea marketing yang fresh dan bertaraf antarabangsa.

Azzim menyatakan pasukan formasi dron khas dari United Kingdom yang berpengalaman membuat persembahan seperti di Piala Dunia FIFA, kejohanan sukan Olimpik Tokyo dan banyak lagi.

Difahamkan 80 peratus daripada bajet RM2 juta telah digunakan untuk membawa 350 unit dron dari UK datang ke Malaysia bagi menjayakan persembahan dron di Menara Kuala Lumpur.

Pengasas Bulan Bintang turut menyatakan beliau mendapat ‘idea dron’ itu selepas terinspirasi melihat kehebatan formasi dron ketika bercuti ke luar negara.

Kejayaan pada malam Sabtu lalu tidak terhenti begitu sahaja, pada 4 Mac akan datang ‘Konsert Malam Bulan Bintang’ bakal diadakan Axiata Arena Bukit Jalil yang  menampilkan persembahan dari selebriti-selebriti ternama Malaysia serta Indonesia seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato M’ Nasir, Faizal Tahir, Opick, Raihan feat Alif Satar & The Locos, Sabyan dan Salammusik.

Khabarnya lebih banyak kejutan akan dipertonton kepada para pengunjung semasa acara konsert itu berlangsung nanti seperti tempat duduk bersudut 360 darjah.