Belasah!!! Najib terus londeh kegagalan Azmin urus ekonomi
Index Pengurus Pembelian (PMI) seluruh dunia melonjak ke purata 55 point dalam laporan terbaru dikeluarkan semalam ekoran pemulihan ekonomi dunia setelah vaksin mula diberi secara laju di negara-negara barat.
Indeks PMI global pada 55 point adalah paling tinggi sejak 10 tahun yang lalu.
Namun Malaysia antara 4 negara dalam dunia yang masih pada paras negatif di bawah markah 50.
Kita jauh di bawah paras purata dunia bagi bulan Mac.
Indeks PMI adalah indeks arah aliran trend ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Ia terdiri daripada indeks penyebaran yang merumuskan sama ada keadaan pasaran, seperti yang dilihat oleh pengurus pembelian, berkembang, tetap sama atau berkontrak. Tujuan PMI adalah untuk memberi maklumat tentang keadaan perniagaan semasa dan masa hadapan kepada pembuat keputusan, penganalisis, dan pelabur syarikat.
PMI utama adalah bilangan dari 0 hingga 100. PMI di atas 50 mewakili pengembangan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Bacaan PMI di bawah 50 mewakili penguncupan, dan bacaan pada 50 menunjukkan tiada perubahan.
https://ms.moneynx.com/purchasing-managersindex
Sektor pembuatan Malaysia tetap terjejas walaupun negara-negara lain telah pulih.
Malaysia terkesan dengan perlaksanaan Darurat dan gantung perlembagaan manakala Thailand terkesan dengan rusuhan dan demonstrasi besar-besaran melawan kerajaan sejak bulan Disember lalu.
Myanmar pula terkesan dengan rusuhan berskala besar ekoran perebutan kuasa dan perlaksanaan darurat.
Indeks bagi negara China di atas 50 markah agak stabil sebab negara tersebut adalah antara negara paling awal memulih dari pandemik Covid.
Malah, Malaysia satu-satunya negara sahaja dalam ASEAN yang tetap merah di bawah paras 50 sepanjang tempoh 7 bulan lalu.
Indonesia pula mencatat indeks PMI paling tinggi dalam sejarah untuk bulan Mac 2021.
2 April 2021: PMI Manufaktur Indonesia Capai Rekor Tertinggi
https://www.radarbangsa.com/ekobis/31112/pmi-manufaktur-indonesia-capai-rekor-tertinggi
Negara kita semakin ketinggalan di ASEAN dan di dunia sebab kerajaan hari ini nak kekalkan kuasa dengan apa jua cara walaupun yang rugi adalah rakyat dan negara.
“Global Manufacturing PMI rises to ten-year high as growth of
output, new orders and employment gather pace”
https://www.markiteconomics.com/Public/Home/PressRelease/554af55a0ce14a068e2c8c8bc5972120
Najib Razak