Beli lukisan karikatur Ahli Dewan Rakyat, tindakan Sultan Selangor dipertikai

Beli lukisan karikatur Ahli Dewan Rakyat, tindakan Sultan Selangor dipertikai

LUKISAN YANG MENGHINA

Tersiar berita seorang sultan telah membeli sebuah lukisan suasana dalam parlimen yang menggambarkan di dalamnya penuh dengan beruk dan katak. Lakar gambar itu memberi suasana parlimen Malaysia.

Idea lukisan itu sungguh pedih dan menghina parlimen Malaysia. Saya percaya kalau lukisan itu tidak dimiliki oleh seorang sultan pasti pelukis atau orang memilikinya dan menyiarkannya akan dikenakan tindakan menghina, kerana ia menjatuhkan maruah negara.

Parlimen adalah legislatif yang mulia tidak elok dipersendakan demikian rupa sekali. Memang benar ada ahli parlimen yang bersifat macam tabiat beruk dan katak melompat, tetapi merakamkan dalam sebuah lukisan demikian rupa sesuatu yang sangat buruk dan hina.

Kita tunggu apakah reaksi dan komen daripada 220 orang ahli parlimen yang ada hari ini. Kalau mereka tidak berbunyi dan membuka mulut bermakna mereka akur dan menerima penghinaan itu. Trims.

Sumber – FB Mohd Sayuti Omar II