Bella Astillah dedah ada heroin drama cuba ‘sondol’ Aliff Aziz

Bella Astillah dedah ada heroin drama cuba ‘sondol’ Aliff Aziz

 

Beberapa gosip sebelum ini ada mendakwa bahawa penyanyi dan juga pelakonAliff Aziz dikatakan kembali curang apabila beredar khabar angin berkenaan hal tersebut.

Namun, isterinya, Bella Astillah telah tampil menafikan dakwaan berkenaan dan meminta pihak-pihak tidak bertanggungjawab berhenti membuat fitnah terhadap hubungan mereka.

Ada pelakon wanita mengaku tersuka

Dalam perkongsian terbaru Bella Astillah ke saluran Budiey Channel, dia telah mendedahkan bahawa memang ada pelakon wanita yang cuba ‘menghimpit’ suaminya.

Kerap misscall suami

Jelasnya lagi, heroin drama tersebut menyatakan yang dia sudah tersuka tanpa sengaja kepada Aliff dan sedar tindakannya kurang bijak.

Ujar Bella, dia pada awalnya pelik mengapa pelakon tersebut sentiasa cuba menghubungi suaminya dan menghantar mesej yang tidak perlu sehingga membuatkan mereka suami isteri kurang selesa.

Marah sebab dia pun pelakon

Selepas diselidik, rupanya nombor telefon berkenaan adalah milik pelakon terbabit dan Bella mengakui yang dia marah saat itu kerana dia juga seorang pelakon namun tidak pula pasangan lakonannya dalam drama diluar waktu bekerja.

Risau kejadian lama berulang kembali

Dalam temu bual itu juga, pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui yang dia sedikit risau andai kejadian lama terulang kembali kerana pernah melalui kisah duka tersebut.

Akan tetapi, Aliff sendiri menyakininya dan sering mengajaknya untuk sama-sama datang ke lokasi pengambaran bagi menemaninya bekerja.

Diakhir kenyataan Bella, dia menitipkan pesanan kepada ‘heroin itu’ supaya menjaga adab apabila bekerja dengan suami orang.

Untuk rekod, Bella Astillah ketika ini sedang sibuk berentap di pentas Famili Duo bersama Wani Kayrie dan sudah layak ke final program tersebut.

Aliff Aziz pula bakal muncul dalam drama terbaru di TV3 di slot Akasia bergandingan dengan pelakon cantik,  Sophia Albarakbah.