Belum bercerai rasmi dengan Virgoun, Inara terima lamaran ‘taaruf’ oleh peguam kacak
Sebelum ini, kisah kepahitan hidup Inara Rusli yang dikhianati oleh penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’, Virgoun cukup menghibakan ramai. Mula berhijab selepas nikah, berpurdah dan berusaha menjadi isteri yang taat, siapa menduga akhirnya Virgoun didapati melanggan pelacur sehingga sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit.
Ramai jejaka cuba dekati Inara
Atas tuntutan mencari rezeki buat anak-anak, Inara terpaksa membuka purdah setelah menerima tawaran menjadi duta kecantikan sebuah klinik estetik. Kini proses cerai dengan Virgoun masih belum selesai, namun dia pernah akui sudah mula didekati ramai orang yang mahu mencuba nasib.
Joseph ingin berkenalan dengan Inara…Salah seorang peguam di klinik estetik
Terbaru, dia telah menerima jambangan bunga daripada seorang peguam kacak Jakarta bernama Koko Joseph Irianto. Pemberian itu merupakan tanda perkenalan kepada Inara yang mana ia juga mempunyai selitan kad bertulis “Ta’aruf jom”.
@keluargakecildijerman cocok gak nih? cocok dong ganteng & cantik 🤩 #fypindonesia #inararusli #inara #drrichardlee
Kalau ada ketidakadilan dalam rumah tangga, wanita berhak memfailkan cerai
Dalam pada itu, lelaki berkenaan juga menyifatkan keputusan Inara bercerai dengan Virgoun adalah hal yang tepat. Tambahnya lagi, kisah Inara sebenarnya memberikan kesedaran buat wanita di luar sana bahawa mereka berhak keluar daripada perkahwinan yang bermasalah sekali gus membela nasib diri.
@keluargakecildijerman ganteng pengacaranya🤩#fypindonesia #inararusli #inara #drrichardlee
♬ Khanti (Original Soundtrack from Bidadari Bermata Bening) – Rossa