Belum dapat tahu keputusan, Hafidz Roshdi sudah jalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia

Belum dapat tahu keputusan, Hafidz Roshdi sudah jalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Akberdin Abdul Kader selaku peguam mewakili anak guamnya, pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia sudah pun menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia baru-baru ini.

Rawatan itu dilakukan atas perintah Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada perbicaraan pada 13 Mac lalu.

 

Namun begitu, keputusan setelah rawatan tersebut masih belum dikeluarkan kerana Hafidz perlu menjalani beberapa prosedur rawatan lagi.

Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ni.

Difahamkan, Hafidz juga dibenarkan untuk berjumpa anak-anak dengan kebenaran sepanjang rawatan itu berlangsung.

Sekadar info, aktor itu telah diperintahkan untuk menjalani rawatan psikiatri oleh Hakim Siti Fatimah Talib selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Hafidz sebelum ini dilaporkan telah menumbuk isterinya, Nurul Shuhada di bahagian muka sebanyak 3 kali sehingga mengalami cacat kekal.