Belumpun tamat kuarantin, netizen cadangkan Timbalan Menteri Wilayah terus berpindah ke New Zealand
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar telah pulang dari New Zealand dan sedang menjalani kuarantin kendiri wajib di rumah.
“Saya telah kembali ke Malaysia pada minggu lepas dan sedang menjalani kuarantin wajib yang ditetapkan secara mandatori oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Santhara sebelum ini dikritik pembangkang dan netizen selepas dibenarkan melawat keluarganya yang kini berada di New Zealand, walaupun negara melarang rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara.
Dalam pada itu, netizen bersikap sinis dengan kepulangannya. Dalam nada yang hampir sama, rata-rata netizen mempersoalkan kesetiaannya terhadap negara apabila membiarkan keluarganya menetap di New Zealand, bukannya di Malaysia. Malah ada yang menyarankan kepadanya berpindah terus ke New Zealand.