Benarkah anak-anak tak boleh bayar zakat untuk ibu bapa? Baca ini

Benarkah anak-anak tak boleh bayar zakat untuk ibu bapa? Baca ini

 

Maksud zakat adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang dimiliki dari sumber baik untuk diberikan kepada golongan yang tertentu.

Antara golongan yang layak menerima zakat adalah mualaf (individu yang baru masuk Islam), fakir miskin, dan sebagainya. Hukum mengeluarkan zakat pula adalah wajib kepada seseorang yang berkemampuan iaitu tidak tergolong dari orang yang layak menerima zakat.

Oleh itu, memandangkan kita berada di bulan Ramadan, zakat fitrah merupakan zakat yang perlu dibayar bermula 1 Ramadan sehingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri dilakukan.

Lelaki ini jelaskan persoalan mengenai zakat yang dibayar oleh si anak bagi pihak ibu bapa

Maka di kesempatan ini ramai yang mengambil peluang terutama anak-anak yang sudah berkemampuan untuk membayar zakat fitrah bagi kedua orang tua mereka.

Namun ada yang tertanya benarkah kita tidak dibenarkan untuk membayar zakat fitrah bagi pihak ibu bapa?

Bagi menjawab kekeliruan itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerusi TikTok tampil memberi penjelasan kepada orang ramai.

Wakil LZKK di dalam video tersebut menjelaskan zakat adalah merupakan satu ibadah, dan apabila berkaitan dengan ibadah ia memerlukan niat.

“Maka kalau seorang ayah atau pun ibu yang diwajibkan menunaikan zakat untuk dirinya sendiri maka dia perlu berniat ketika menunaikan zakat tersebut,” ujarnya.

Perlu minta izin daripada ibu bapa

Jelasnya apabila seorang anak itu mahu menunaikan ibadah tersebut bagi pihak ibu bapanya perkara itu boleh dilakukan namun perlulah meminta izin terlebih dahulu.

“Maksudnya apabila dia meminta izin daripada ibu bapanya, maka mereka akan mewakilkan niat tersebut. Jadi si anak pun boleh tunaikan zakat bagi pihak mereka,” katanya.

Namun sekiranya si anak tidak mendapat keizinan bermaksud tiada niat yang dibuat oleh ibu bapa mereka. Sebagai contoh zakat itu dibayar secara diam-diam tanpa pengetahuan mereka.

Tidak perlu minta izin jika seseorang dibawah tanggungan mereka

Maka zakat yang dibayar itu hanyalah untuk diri sendiri kerana kedua orang tuanya belum berniat lagi.

“Jadi tidak sahlah zakat tersebut. Oleh itu, jangan lupa orang yang nak bayar zakat untuk orang lain boleh tetapi dengan syarat seseorang itu perlu meminta izin kepada orang tersebut.

“Kecuali kalau orang tersebut dibawah tanggungannya jadi cukuplah hanya dia yang meniatkan untuk orang berkenaan.”

@zakat_kedah

Tak sah orang yang tunai zakat untuk mak & ayah??? #zakatfitrah #zakatbantu #zakatandakamiagih

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline