Benarkah bekas adik ipar Najib Razak kini berstatus Permaisuri kpd Sultan Brunei?

Benarkah bekas adik ipar Najib Razak kini berstatus Permaisuri kpd Sultan Brunei?

Pengasas tudung Aidijuma pernah menjadi kontroversi dikenakan perintah waran tangkap gara-gara gagal menghadirkan diri dalam kes berkaitan dua saman fitnah terhadapnya sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020

Terkini, dirinya sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan telah beberapa kali mengaku dirinya sebagai Che Puan Norjuma.

Seorang blogger berkongsi bahawa bekas pengacara ini juga bukan sahaja mendakwa dirinya adalah Che Puan Sultan Brunei, malah mengugut jika ada yang tak memanggilnya dengan gelaran tersebut.

Malah blogger yang membongkar isu tersebut juga sedang menjalani perbicaraan mahkamah bersama bekas pengacara tersebut.

Menurut MH Daily, blogger ini dikatakan ditindas kerana kes mahkamah mereka sehingga hari ini masih belum selesai.

Sebagai rekod, Norjuma yang pernah dinobat Juara Pengacara Jemputan Nona 2002 merupakan adik ipar kepada Dato’ Seri Najib Razak, selepas dia mengahwini Mohamed Nazim, adik kepada PM ke-6 pada 2005 dahulu.