Benarkan konsert K-Pop Super Junior di bulan Maulid satu penghinaan terhadap Islam oleh kerajaan

Benarkan konsert K-Pop Super Junior di bulan Maulid satu penghinaan terhadap Islam oleh kerajaan

Lebih 10,000 hadir di konsert Super Junior Super Show 9: Road in Kuala Lumpur anjuran Starplanet yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Lebih tiga tahun tidak berkunjung ke negara ini, Super Junior jelas berjaya mengubat kerinduan peminat di Malaysia dan terbukti masih digilai.

Menampilkan lapan anggotanya, Donghae, Eunhyuk, Kyuhyun, Leeteuk, Ryeowook, Shindong, Siwon, dan Yesung, tenaga mereka di pentas masih berbisa seperti tidak dimamah usia.

Sempat memberikan ucapan, Shindong mengakui agak risau mengenai penerimaan peminat terhadap kunjungan mereka ke sini kali ini.

“Sewaktu berlepas ke Malaysia, saya sedikit risau bagaimana kehadiran ke konsert ini kelak. Terbukti, penuh lokasi hari ini baik dari pelbagai sudut,” katanya, sepeti dipetik Harian Metro.

Dalam konsert hampir tiga jam itu, mereka mempersembahkan 30 buah lagu pelbagai rentak. Baik lagu rancak, balada, mahupun ‘broadway’.

Jeritan penonton tidak berhenti sejak konsert bermula pada jam 5 petang. Super Junior juga cukup bersemangat memberikan aksi luar biasa demi menghiburkan semua.