Bengang akaun Instagram hampir digodam walaupun tiada kandungan menarik, Noorkhiriah muat naik gambar jenazah

Bengang akaun Instagram hampir digodam walaupun tiada kandungan menarik, Noorkhiriah muat naik gambar jenazah

 

Pengikut cecah sejuta, pelakon Noorkiriah terkejut akaun Instagram hampir digodam walaupun tiada kandungan menarik.

Malah kandungan dalam Instagram dipenuhi dengan gambar jenazah kerana dia aktif dengan kerja amal menguruskan khidmat pengurusan jenazah secara percuma.

“Assalamualaikum wahai penggodam. Instagram akak tak ada apa yang menarik melainkan banyak gambar jenazah.

“Fikir banyak kali ya,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Selepas itu, Noorkhiriah memilih untuk muat naik gambar foto jenazah yang siap dikapan terbaring di atas mandian dalam bilik mayat.

Terbaru, akaun tersebut sudah dikunci (private) agar susah untuk digodam.

Penggodam semestinya tidak melihat kepada kandungan kerana pada akhirnya semua gambar akan dibuang.

Bagi mereka apa yang penting adalah jumlah pengikut, kerana bayaran dibuat mengikut bilangan pengikut.