Bengang diminta alih motosikal besar halang kedai, rider tergamak doakan tuan kedai bankrap

Bengang diminta alih motosikal besar halang kedai, rider tergamak doakan tuan kedai bankrap

 

Bukanlah hendak memukul rata, namun tidak dinafikan memang ada segelintir penunggang motosikal berkumpulan merasakan diri mereka ‘berhak’ berbuat sesuka hati apabila tiba di tempat orang.

Selain membuat bising dengan bunyi ekzos kuat, ada juga yang parkir merata tempat tanpa memikirkan tentang orang lain.

Rider tidak berpuas hati perlu alihkan motosikal dari kaki lima kedai

Ya, itulah hal yang dihadapi oleh seorang pemilik kedai sate di Muar apabila terdapat rider motosikal berkuasa tinggi memakir kenderaan mereka di kaki lima kedai.

Oleh kerana ia menghalang perniagaan, tuan kedai meminta alihkan semua motosikal terbabit namun dimarah teruk oleh salah seorang rider sehingga hampir dikasari.

Dia doakan orang bankrup…Ceteknya ilmu agama…Encik, dia cari pasal lagi, minta tolong

Provokasi bersikap kebudak-budakan terus dilakukan kepada tuan kedai, tindakan saman oleh pihak polis juga sepertinya hanya dipandang sebelah mata oleh rider terbabit.

Walaupun akur perlu menukar tempat parkir, ada yang berjoget termasuklah angkat tangan ke langit bagi mendoakan semoga kedai makan itu bankrup.

Harga motosikal & sikap tidak sama padan

Perakam kejadian ini berkata, selepas polis pergi, ada yang datang semula semata-mata hendak membuat provokasi berterusan lantaran masih tidak berpuas hati.

Namun difahamkan, hanya 2 orang sahaja bersikap sebegitu manakala ahli selebihnya tidak melakukan sebarang masalah.