Bengang dituduh jual lemang tak masak, peniaga belasah pelanggan

Bengang dituduh jual lemang tak masak, peniaga belasah pelanggan

Seorang warga emas mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas dipukul oleh peniaga lemang yang berang selepas dituduh lemangnya itu tidak masak sepenuhnya.

Menceritakan kembali, warga emas terbabit telah membeli 3 batang lemang di sebuah gerai di Bukit Beruang pada jam dan difahamkan, pergaduhan berlaku pada 21 April jam, 8 malam.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, mangsa mendapati lemang tersebut hampir tidak masak dan kemudiannya kembali semula ke kedai untuk dipulangkan.

Bagaimanapun, peniaga itu tidak boleh menerima dan bertindak memukul warga emas tersebut dngan menggunakan buluh lemang.

“Peniaga lemang kurang ajar..kejadian lebih kurang pukul 8pm tadi.. Pagi tadi abah saya pergi beli lemang dekat gerai ni di Bukit Beruang..
Lepas tu abah saya cakap., tahun lepas beli lemang banyak yang tak masak.. Peniaga ni kata saya dah lama meniaga kat sini mana ada lemang tak masak. Peniaga ni mcm nak marah-marah.
“Abah saya pun beli 3 batang lemang dan balik rumah. Masa nak berbuka tadi buka la sebatang lemang dan potong kecil-kecil, hampir semua mentah tak masak..
“Lepas solat abah saya kembali semula ke gerai tersebut cakap lemang mentah.. Dia tak boleh terima dan pukul abah saya dengan buluh lemang,” ujarnya.

Susulan pergaduhan yang menyebabkan kecederaan terhadap warga emas tersebut, anaknya telah membuat laporan polis di balai berdekatan.

“Dalam video yang abah saya lempar tu sebab dah geram.. Abah saya suruh tengok yang dalam mangkuk. Bukti lemang tak masak. Dia tetap nafikan, dia buka lemang yang baru. Sesiapa yang kena boleh naik angin la, bayar guna duit.
“Report polis pun dah buat.. Biar polis yang uruskan.. So siapa yang nak beli lemang area bukit beruang, sebelum Traffic light sila hati2 ye. Report polis sudah, report doktor pun sudah.. peniaga ni pun selamat berada dlm lokap. Lain kali pelanggan bawa bukti ko tengoklah, bukan buka lemang yang baru,” jelasnya lagi.