Beraksi mesra bagai pasangan laki bini di Genting Highland, peminat berang Ubai dan Shila cemari kemuliaan Ramadan

Beraksi mesra bagai pasangan laki bini di Genting Highland, peminat berang Ubai dan Shila cemari kemuliaan Ramadan

Kisah percintaan melibatkan artis wanita berstatus janda, Shila Amzah dan pempengaruh sosial media, Ubai bukan lagi satu rahsia buat peminat seni tanahair.

Malah pasangan tersebut semakin berani menonjolkan kemesraan antara satu sama lain menerusi perkongsian di media-media sosial samada milik mereka berdua, mahupun portal-portal hiburan.

Namun baru-baru ini, tular video diaplikasi TikTok dikongsikan seorang pengguna, @ha_cda memaparkan kemesraan juara lagu AJL36 itu dengan kekasihnya.

Menerusi video dikongsikan, kelihatan Shila dan Ubai sedang memilih makanan di sebuah kedai makan terletak di Genting Highlands.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila pasangan itu dilihat sedang berpegangan tangan sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen sama ada mereka sudah bernikah.

Walaubagaimanapun, menerusi semakan terkini, video tersebut telahpun dipadam oleh pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, rata-rata pengunjung poetal hiburan tersebut tidak menyangka dengan tindakan pasangan tersebut. Malah, ada yang mendakwa pasangan itu sudah berkahwin secara senyap-senyap.

Sumber – portal hiburan Rotikaya