Berang dilayan macam pengemis, pelanggan Ćafe Dome, The Garden tinggalkan makanan tanpa dijamah

Berang dilayan macam pengemis, pelanggan Ćafe Dome, The Garden tinggalkan makanan tanpa dijamah

DOME

Dalam pukul 11.00 pagi saya bersama anak menantu pertama dan cucu2 (MEJA 1) pergi ke Dome, The Garden. Selepas beberapa ketika, kami ambil order.

Lebihkurang 15 minit selepas itu, anak kedua saya (meja 2) datang bersama suaminya. Dan seperti tadi, anak saya ambil order.

Setengah jam kemudian anak ketiga bersama kawan2nya (MEJA 3) datang pula. Macam di atas, setelah beberapa ketika mereka pun ambil order.

KeBANGSATan yg berlaku

Setelah dekat 45 minit… minuman yg diorder oleh anak kedua saya (MEJA 2) tiba sedangkan minuman yg saya order belum tiba. Saya tegur pelayan tu dan dia mendengar dengan baik.

Kemudian tiba makanan utk anak saya yg kedua ( MEJA 2)… dan makanan yg kami order tak tiba lagi. Saya tegur lagi.. bagaimana makanan MEJA 2 boleh tiba awal sedangkan MEJA 1 tak tiba lagi. Jawapannya… order MEJA 2 lebih senang dibuat.

keBANGSATan paliing BESAR
Tidak berapa lama kemudian, makanan MEJA 3 tiba dan makanan yg diorder serupa dengan saya order (MEJA 1). Kali ini saya meninggikan suara.. pelayan juga memaklumkn dia juga rasa hairan kenapa perkara tersebut boleh berlaku.

Tepat 12.15… setelah lebihkurang satu jam lebih menunggu… saya bersama anak cucu MEJA 1 meninggalkan DOME yg bangsat itu… dan makanan masih belum tiba sedangkan MEJA 2 dan MEJA 3 telah menjamah makanan!!!!!

Sumber – FB