Berang diperlakukan seperti bola, ibu-bapa luah rasa kecewa pengurusan lemah KKM di PPV

Berang diperlakukan seperti bola, ibu-bapa luah rasa kecewa pengurusan lemah KKM di PPV

PPV TAK KAWAN DENGAN JPNP KE?

Aku dapat poster KKM dari wasap mengatakan pelajar tingkatan 1-3 yang belajar diluar daerah Kuantan hari ini boleh ambil vaksin secara walk in di PPV Dewan Jubli Perak yang aku dah pergi aritu tapi kena arah balik tu. Maybe sebab ada org baca posting aku sebelum ni kot maka dibuatla inisiatif ni. Bagus! Terima kasih!

Tapi aku pelik. PPV tak mintak data dengan JPNP ke? Takde analisa dulu ke? Tak mahu tahu anggaran berapa ramai bakal hadir ke? Senonong je panggil orang datang walk in? Tak risau vaksin tak cukup ke? Tak risau bakal terjadi limpahan ke?

Kenapa aku pelik? Sebab aku datang la juga bawak anak perempuan aku nak amik vaksin. Trafik jem bermula dari Terminal Satay Zul sampailah ke Dewan Jubli Perak. Mengensot la kami sampai hampir dekat padang golf, nampak orang dah start parking tepi jalan.

Aku pun park tepi jalan. Turun jalan kaki. Jam 9.30am. Sampai ke gate dewan, abang RELA sekat. Dia cakap, pelajar sekolah luar Kuantan tu kena balik dulu.. pukul 2 datang balik. Terlampau ramai dah.

Dia tunjuk barisan manusia.. takde SOP, rapat rapat, berpusing keliling dewan dalam 2 barisan ditengah panas.

Disebabkan kena datang dengan penjaga, walaupun borang perakuan kebenaran dah print sendiri dan sign, maybe doktor nak tengok muka penjaga sama ke tak ngan anak kot. Maka barisan itu adalah pelajar dan mak bapak. Ada yang sekeluarga beratur pun ada.

Abang RELA dah tutup gate. Tak bagi orang masuk. Ramai parents yang patah balik dan akan datang balik pukul dua untuk hadap benda yang sama tapi dalam keadaan yang lebih panas.

Haihhh..

Aku kalau komplen orang cakap aku palatao lah, tunjuk pandai lah.

Kenapa benda macam ni takde orang nak analisa sebelum execute? Capacity, load, buat simulation, expect worst case scenario dan bincang macamana nak manage semua ni.

Kalau aku, aku mintak data dengan JPNP. Berapa ramai pelajar dari kuantan belajar diluar kuantan?

JPNP mesti ada data ni. Sebab masa aku daftar masuk anak aku dulu kat sekolah Pekan, semua info ni kena isi dalam BANYAK BORANG.

Kalau dah tahu data, kan boleh manage load. Boleh blast form online ke dulu, parents isi. Then boleh sms by batch panggil datang. Kalau takde kepakaran, cari orang yang ada kepakaran buat.

Pastu, takyah la suruh parent beratur sekali.
Konvokesyen pun tak suruh mak bapak beratur sekali. Orang tua tua sampai buat acara berganti ganti laki bini duduk dalam barisan bergilir berteduh bawah pokok. Aduhui.

Jangan sombong. Objektif kita sama. Nak rate vaksinasi tinggi. Jangan gunalah card orang awam tak faham frontliner.. aku bukan cakap pasal org kerja dalam dewan PPV tu.. aku cakap pasal boss boss yang sepatutnya boleh mikir.

Korang tengok gambar. Semoga dilindungi lah kita semua dari jangkitan covid asbab takleh mikir boss2.

****** UPDATE ******

Dari 9.30am sekarang jam 1.55pm anak aku dah distesen terakhir sebelum masuk dewan untuk terima suntikan.

Yang kelakar.. Dari stesen pertama aku tak diperlukan pun. Memang sekadar buat sesak je. Borang semua dah print sign siap dari rumah. Maybe untuk anak yang 12 tahun perlu la ada org teman. Tapi kalau dah reti gi bandor sendiri.. suruh diorang je beratur sendiri dan dengar arahan Abang2 kakak2 RELA dan JPAM yang cekap bertugas.

Sumber – FB