Berang ‘disembelih’ RM1,000 untuk seekor siakap 7kg, pelancong dedah kisah malang bercuti di Pulau Langkawi

Berang ‘disembelih’ RM1,000 untuk seekor siakap 7kg, pelancong dedah kisah malang bercuti di Pulau Langkawi

Apa kau rasa bila bil sekali lunch makanan tengah hari sama harganya untuk bayaran belanja beli barang dapur sebulan?

Saya sekeluarga pernah makan di warung tepi jalan hingga restoran. Tapi tidaklah pernah sampai macam ini. (Rujuk gambar di bawah)

Peristiwa ini berlaku di Pulau Travel Bubble.

Harga makanan yang tidak munasabah. Tahulah PKP lama dah kedai tutup pun. Jangan bila dapat buka balik terus sembelih para pelancong guna “chainsaw”.

Berniaga biarlah “BIJAK SYARIAH” tahu hukum hakam, bukan fikir untung semata-mata.

Tak mengapa kalau kamu yang berniaga maklumkan awal-awal, contohnya… “Harga di kedai ini macam dalam buku menu” atau tulis besar-besar. Ini tidak, hang ambil ikan yang sebesar 7kg untuk 7 orang dewasa makan… Hang ingat depa nak makan hati berulam jantung saja kah selepas dapat bil kedai hang.

Orang nak makan ni dia tak tahu nak bajet. Ikan berapa berat sesuai untuk mereka jadi sebaiknya hang tanya dulu kesanggupan untuk saiz ikan dan harga-harga makanan lainnya.

Jangan jual nama tokoh ulama, Ahli politik atau selebriti kenamaan pernah atau selalu makan di kedai hang untuk tarik kepercayaan orang lain. Sebab kadang-kadang yang bayar bil tu bukan mereka pun. Kalau perlu untuk lariskan perniagaan pun, cukuplah sekadar ada gambar dan biarlah gambar yang berbicara.

Pihak berkenaan Kepenggunaan sila pergi pantau. Pejabat Zakat sila pergi pantau dan kutip zakat perniagaan daripada pemilik kedai ini. LHDN pun pi ambil cukai jangan lepas. Serius… Kalau masa PKP bukan main kau meratib hilang punca pendapatan lah. Sekarang bila dah boleh buka kedai, orang lain pula yang hilang pendapatan.

Saya menyeru para peniaga di pulau ini, jujur dan ikhlaslah. Jangan kira “kedai aku, aku punya suka nak letak harga. ”

Sebab pelancong ini, kebanyakan mereka tak tahu mana kedai mesra rakyat, mana “lubuk puaka” di pulau ini. Warga tempatan yang sudah tahu, tak mengapalah.

Nasihat saya, hati-hati… Jangan disangka kedai biasa-biasa tak boleh kena bil luar jangka. Kalau ada kenalan di Langkawi, silalah risik tanya dahulu kedai mana sesuai untuk makan. Orang yang sudah biasa dengan harga kedai makan termasuk mereka yang pernah melancong di Langkawi boleh bagi cadangan yang munasabah. Kadang-kadang orang Langkawi sendiri pun tak tahu sebab orang Langkawi suka makan di rumah. Haha..

Jangan tanya kedai mana.