Berang jawapan santai arak ‘Timah’, ketua jabatan IPT ini sekolahkan timbalan menteri agama

Berang jawapan santai arak ‘Timah’, ketua jabatan IPT ini sekolahkan timbalan menteri agama

Arak Timah

Jika dulu Oktober sering dikait dengan October Fest, pesta arak, namun Oktober 2021 ini ada isu baru, arak baru Malaysia jenama Timah, untuk pasaran luar negara katanya. Kebetulan atau sempena pesta arak Oktober tidaklah dapat dipastikan.

Timbalan Menteri dilaporkan menyebut bahawa arak Timah bukan dikeluarkan oleh kerajaan. Betul fakta itu, bukan kerajaan yang buat kilang arak, bukan penjawat awam yang bekerja di situ dan produce arak tersebut. Kilang arak Carlsberg dan Heineken yang dah lama wujud tersergam di sebelah Federal Highway pun bukan kerajaan punya.

Namun semua sedia maklum bahawa yang membenarkan dan melesenkannya ialah kerajaan. Itu yang dipertikaikan oleh masyarakat Muslim. Itu yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan, kenapa memberi dan menambah lesen pengilangan arak. Ia sangat bertentangan dengan imej Malaysia sebagai negara majoriti Muslim dan telah diisytihar sebagai sebuah negara Islam sejak lama dulu. Yang memimpin negara kita pun majoriti Muslim, malah ada parti Islam dalam kerajaan. Yang menjaga kementerian berkaitan juga Muslim.

Arak tidak boleh dilihat dari perspektif ekonomi sahaja. Ia terkait dengan larangan agama dan isu masalah sosial. Jika atas faktor ekonomi pun, adakah lesen arak ini menghasilkan billion RM setahun kepada kantung kerajaan sehingga kerajaan “terpaksa” membenarkannya? Tiada cara lainkah yang bebas kontroversi dan patuh syariah yang boleh diikhtiarkan kerajaan untuk menambah pendapatan negara? Pakar ekonomi Muslim kering ideakah untuk usulkan cadangan kaedah yang patuh syariah utk cari pendapatan kerajaan?

Jika lesen arak menghasilkan billion RM pun, adakah berbaloi dengan masalah sosial dan kesihatan yang disebabkan arak. Juga berbaloikah kehilangan nyawa rakyat disebabkan kemalangan oleh pemandu mabuk, sebagaimana yang banyak berlaku di negara kita?

Itu bab melesenkan arak.

Seperkara lagi, bab jenama. Kenapa digunakan jenama berbahasa Melayu? Pemilik kilang bukan Melayu, pengeluar bukan Melayu, pengurus, pekerja pun bukan Melayu, gambar Kapten Tristram Speedy di labelnya pun bukan Melayu, dan pasaran pun khabarnya bukan di Malaysia. Jadi apa “kejadahnya” pakai jenama berbahasa Melayu, Timah? Guna bahasa lainlah. Nak associate dengan perlombongan timah di Larut pun terjemahlah timah tu dalam BI: Tin. Depa yg terlibat dengan bisnes dan pengeluaran arak ni semuanya bercakap dlm BI, meeting dalam BI, awat tiba-tiba nak guna BM pulak bila nak menjenamakan arak? Tak mau guna tulisan Jawi sama ke? Suspicious betul.

Kerajaan sepatutnya mengawal penggunaan jenama bahan haram dalam bahasa Melayu. Sama dengan isu burger P Ramly (Pork Ramly) dan restoran Nuri yang viral 4, 5 tahun lepas. Ia menyentuh sensitiviti Melayu Muslim dan mengelirukan pengguna Muslim yang kurang peka. Ia sesuatu yang perlu dijaga oleh kerajaan majoriti Melayu Islam. Timah juga nama singkatan Fatimah yg digunakan secara berleluasa dalam masyarakat Melayu. Ramai Makcik Timah di Malaysia ni. Jika suatu hari nanti pengeluar mohon lesen untuk pasaran lokal dan nama ini dikekalkan, tidakkah ia jelas mengelirukan pengguna Muslim? Benda ini common sense, tak perlu taakulan mendalam pun.

Diharapkan pihak kerajaan dapat melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu ini. Jika dibiarkan sahaja, ia adalah boleh dianggap satu kegagalan yang memalukan. Arak jenama Melayu! Tidakkah ia memalukan?

DSM
16.10.2021

Sumber – FB