Berapi!!! Akibat terlampau geram, Shahidan ‘BANGANG’kan Tajuddin
Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Tajuddin Abdul Rahman yang menggelarkannya sebagai ‘bodoh’ kerana mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama Umno dan Bersatu.
Tajuddin mengulas kenyataan Shahidan baru-baru ini yang berkata, meskipun MT Umno telah membuat keputusan, namun yang menentukan sama ada sokongan kepada kerajaan PN ditarik balik ataupun tidak adalah ahli parlimen BN.
“Keputusan MT selama ini semua saya ikut, keputusan terbaru juga saya ikut kerana (putus hubungan dengan Bersatu) hanya akan dilaksanakan pada waktu menjelang pilihan raya umum (PRU).
“Cuma dalam perkataan saya sebut ‘kalau boleh’ (keputusan dibuat ahli parlimen). Tidak boleh tidak mengapalah. Putus, putuslah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Perhimpunan agung Umno (PAU) baru-baru ini bersetuju memberikan mandat kepada majlis tertinggi parti itu untuk menentukan bilakah tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan PN susulan keputusannya untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.
Bagaimanapun, Shahidan membuat kenyataan yang disifatkan bercanggah dengan parti setelah menyatakan keputusan itu terletak di tangan wakil rakyat Umno.
Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan pandangan ahli parlimen Arau itu, yang juga merupakan ahli majlis tertinggi Umno.
Mereka sebaliknya menuntut agar semua anggota parlimen daripada Umno menghormati keputusan majlis tertinggi.
Tajuddin semalam menggesa ahli-ahli parlimen Umno yang tidak setuju dengan keputusan parti agar membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama Umno atau sebaliknya.
Dia juga mempersoalkan kenyataan Shahidan yang digelarkannya sebagai “bodoh”.
“Yalah, ahli-ahli parlimen tu dia orang apa partinya? Jadi ahli parti mana? Umno BN-lah. Apa bodoh sangat Shahidan tu?” katanya.
Sementara itu, Shahidan menyifatkan kenyataan Tajuddin itu sangat tidak wajar, dan membidas kembali dengan menggelar ahli parlimen Pasir Salak itu pula sebagai ‘bangang’.
“Jadi apa dia (Tajuddin) kata itu tak wajar sebagai pengarah pilihan raya sampai nak panggil saya bodoh.
“Saya pun tak pernah jumpalah pengarah pilihan raya bangang macam Tajuddin,” katanya. – MK