Berapi!!! Hattan balun instafamous

Berapi!!! Hattan balun instafamous

“Berhentilah perasan kita ini ‘instafamous’, kita ini selebriti, orang lain pun popular juga,” kata penyanyi popular, Datuk Hattan yang kecewa dan geram dengan segelintir ‘instafamous’ dan selebriti yang dikatakan mengambil kesempatan menggunakan surat kebenaran merentas negeri untuk bercuti.

Hattan berkata, dia faham mereka pergi atas urusan kerja, tetapi tindakan mereka memuat naik gambar bersama pasangan masing-masing seolah-olah sedang bercuti memberi kesan negatif kepada masyarakat.

“Ini orang yang tidak berfikir secara waras kesan dan impak kepada masyarakat. Ini bukan salah pihak polis, puncanya adalah sikap mereka sendiri (instafamous dan selebriti).

“Apabila sudah dapat kebenaran, terpulanglah kalau nak melingkup sekalipun. Pandai-pandailah jaga. Kenapa perlu muat naik segala aktiviti di media sosial. Ini terjadi sebab sikap tak bertanggungjawab. Cubalah berfikir secara waras. Ini suka sangat menunjuk-nunjuk,” katanya.

Menurut Hattan, pelanggaran demi pelanggaran yang dilakukan golongan itu bakal memberi impak negatif kepada rakyat untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri nanti.

“Kasihanlah dengan semua orang. Ramadan pun dah dekat, Aidilfitri pun orang menaruh harapan dapat balik kampung.

“Silap-silap nanti tak dibenarkan lagi balik kampung. Puncanya, benda-benda ‘bodoh’ beginilah,” katanya. – HM