Berasap!!! Bengang layanan masjid terhadap kayangan, pemuda serang sikap kayu menteri agama

Berasap!!! Bengang layanan masjid terhadap kayangan, pemuda serang sikap kayu menteri agama

Ini jawapan balas atau alasan? Masih tak menjawab rasa tidak puas hati jemaah sebenarnya. VIP tu dah ada tempahan awal ke?

Had jemaah angka ratus, ratus orang ni tak relevan sebenarnya. Daftar dulu untuk solat Jumaat pun sejenis spesis patut kena rejam dengan batu bata. Vaksin pun sekarang dah boleh ‘walk in’. Apa kejadahnya nak solat Jumaat pun mengada-ngada kena daftar dulu?

Masjid tu punyalah luas. Bukan saja ruang utama, sayap kiri, kanan masjid, bahagian belakang dan tingkat atas kalau masjid dua tingkat.

Kalau ikut keluasan masjid dengan mematuhi jarak 1 meter sekalipun, ramai lagi berpeluang boleh masuk.

Masjid Putra di Putrajaya misalnya, dewan solat utama di aras G boleh muatkan sehingga 8,000 jemaah.

Dewan solat aras 1 untuk wanita pula boleh muat sehingga 2,000 jemaah dalam satu-satu masa. Solat Jumaat, ruang tu boleh saja buka untuk jemaah macam amalan biasa sebelum wabak Covid-19.

Bayangkan, kalau pihak pentadbiran Islam jenis cerdik dan berfikir secara rasional berasaskan data dan sains, bukan angka 300 had untuk jemaah solat Jumaat di masjid yang melaut besar itu.

Menteri Agama kan dari parti Isley. Mana dia? Buat kerja ke tak? Ke sibuk masak lepas tu tayang kat kumpulan FB pasal masak?

Rajinlah pikir pakat bincang sama dengan pihak pentadbiran Islam di negeri-negeri.

Kan negara dah nak masuk fasa endemik dengan sejak semalam penduduk di Lembah Klang dah boleh rentas daerah selain aktiviti- aktiviti ekonomi hidup semula.

Takkan masjid terutama semasa solat Jumaat ‘mati’ dengan had jemaah sekian-sekian angka, dah macam budak tak sekolah?

Hapuskan sistem daftar dulu, beberapa hari sebelum solat Jumaat ni. Biar siapa sampai awal, dia dapat. Itu juga ibarat sebagai ganjaran juga galakan untuk jemaah datang lebih awal mengimarahkan masjid dan surau Jumaat.

Cukup had ikut kapasiti masjid dengan memanfaatkan segenap ceruk masjid, baru tutup pagar.