Beraya berdua bersama Jebat Jayden, status Noor Nabila sekali lagi undang tanda tanya

Beraya berdua bersama Jebat Jayden, status Noor Nabila sekali lagi undang tanda tanya

 

Selain sesi ziarah menziarahi, perkara yang menjadi kebiasaan dimusim perayaan adalah sesi bergambar bersama ahli keluarga.

Memuat Naik Gambar

Terbaru di Instagram milik Noor Nabila, dia juga tidak terlepas untuk memuat naik gambar raya bersama ahli keluarganya.

Dalam gambar yang dimuat naik oleh Nabila, dia hanya memuat naik gambar berdua bersama Jebat Jayden sahaja.

Beraya Tanpa Suami?

Dalam ‘caption’ gambar tersebut, dia menyatakan Selamat Hari Raya daripada ‘kami’, dan gambar tersebut hanya berdua bersama anaknya tanpa pasang Engku Emran.

Selamat hari raya dari kami. Semoga hari raya kali ini memberi seribu rahmat keberkatan kebahagiaan untuk semua aminn.

Netizen Mula Mempersoalkan Status

Diruangan komen, netizen mula membanjiri pelbagai persoalan mengenai status rumah tangga pasangan Nabila dan Engku Emran,

Selain dari persoalan tersebut, netizen juga yang turut mendoakan kebahagian sentiasa berpihak kepada Nabila.