Berbaju kurung simple dan bertudung, ramai puji majlis sarung cincin Anju

Berbaju kurung simple dan bertudung, ramai puji majlis sarung cincin Anju

 

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie telah berkongsi momen bahagia apabila disunting pilihan hati iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey pada satu majlis ringkas semalam.

Perkara tersebut dikongsikan mereka di media sosial apabila kedua-dua keluarga bertemu dan saling beramah mesra.

Bersyukur majlis berjalan lancar

Dalam pada itu,  bakal suaminya turut memuat naik perkongsian ketika pertemuan tersebut dan menzahirkan rasa syukur diatas majlis sarung cincin yang berjalan dengan baik.

@elzey_anjoulielavocah

#fyp Terima kasih #Allah #zarinaanjoulie

♬ Sholawat Al Busyro – Neng Nada Official

Ada keluarga baru

Menerusi kapsyen yang disertakan, Datuk Seri Khazrul Elzey meluahkan rasa bahagia apabila Anju akhirnya bakal menjadi sebahagian dalam kehidupannya tidak lama lagi.

Suka tengok diorang, berkepit tapi anak tak tinggal

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata mendoakan agar pasangan ini dipermudahkan urusan ke fasa seterusnya dan berbahagia hingga ke akhirnya.

Mereka juga memuji penampilan dan majlis yang dilangsungkan kerana begitu ‘simple’ serta penuh kekeluargaan tanpa perlu majlis yang gah.

Cantik bila bertudung

 

Suka tengok kesederhanaan majlis

Semoga menjadi insan yang saling menyempurnakan

Ikut adat betul, tak ada pelamin pun

Untuk rekod, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul pernah mendirikan rumah tangga dengan Pangiran Mohd Ilham Syazwan, pada 2015 namun bercerai setelah dikurniakan seorang anak lelaki, Martin Ezra Mikael.

Anju sekali lagi bernikah dengan Eliyas Azhar pada 20 Julai 2020 namun berpisah pada Mei 2021 walaupun usia perkahwinan tidak sampai setahun.