Berbangga kononnya punya keahlian lebih 1 juta, akhirnya data terkini keahlian Pas terbongkar

Berbangga kononnya punya keahlian lebih 1 juta, akhirnya data terkini keahlian Pas terbongkar

Pas sekian lama mendakwa mereka adalah parti Melayu Islam kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO.

Malah rata-rata ahli Pas begitu berbangga dengan jumlah keahlian sehinggakan sampai ke satu tahap, tanpa berselindung mereka mendakwa telahpun mempunyai keahlian seramai lebih 1 juta.

Meskipun dianggap jauh dari jumlah keahlian yang dimiliki UMNO yang juga mendakwa kononnya mempunyai keahlian mencecah 3 juta orang, sebagai parti yang begitu lama menjadi pembangkang, ianya dianggap satu pencapaian yang menakjubkan.

Malah dizaman kegemilangan Pas berada dikemuncaknya, parti itu mampu sahaja menggerakkan kutipan kewangan yang teramat besar jumlahnya hasil dari sumbangan ahli-ahlinya sahaja.

Namun timbul persoalan, benarkah dakwaan jumlah keahlian yang dibangga-banggakan itu? Atau sekadar alat propagandis pimpinan demi menakut-nakutkan musuh politiknya, terutama dalam hal menentukan pembahagian kerusi pilihanraya.

Selepas lama memanipulasi angka keahlian, akhirnya tanpa disangka ianya terdedah kepada umum juga.

Semalam, dalam sesi penggulungan muktamarnya, setiausaha agung parti tersebut, Takiyuddin telah mendedahkan jumlah sebenar keahlian Pas yang terkini seperti dilaporkan di dalam portal akhbar Sinar Harian.

Menurut jumlah terkini yang direkodkan hanya berjumlah 845, 820 orang, jauh meninggalkan angka 1 juta seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Pendedahan tersebut membangkitkan 2 persoalan.

Pertama, jika benar itulah jumlah sebenar yang direkod dan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan, maka jelas selama ini hanya menipu ahli dan musuh politiknya semata-mata mencapai matlamat politik mereka sendiri.

Kedua, jika benar sebelum ini keahlian Pas memang benar direkodkan seramai 1 juta, maka benarlah dakwaan sebelum ini bahawa ramai ahli telah meninggalkan parti itu dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini selepas lahirnya parti Amanah yang lahir dari inisiatif kumpulan bekaa pemimpin Pas yang dijatuhkan sewaktu pemilihan 2015 dahulu.

Perkara lebih membimbangkan bakal berlaku selepas PRN Melaka ini nanti. Selepas Pas memilih untuk bersama dan menggunakan logo Perikatan Nasional yang baru dikenali sewaktu Langkah Sheraton berbanding UMNO yang dianggap ‘rakan lama yang terpisah’ lalu bersama-sama menubuhkan Muafakat Nasional.

Sebarang keputusan yang tidak memihak kepada Pas nanti bakal memberi satu lagi gelombang kesedaran buat ahli-ahlinya meninggalkan Pas. Bagaimana cara Pas akan mengepung ahlinya dari berbondong-bondong keluar parti nanti, sama-sama kita tunggu dan lihat. Wassalam.