Berbekalkan mahar RM1212.12, tiktoker Mamat Got Not Chill ikut jejak Ubai akhiri zaman bujang

Berbekalkan mahar RM1212.12, tiktoker Mamat Got Not Chill ikut jejak Ubai akhiri zaman bujang

Tiktoker yang dikenali sebagai Mamat Got Not Chill akhirnya memilih mengikuti jejak langkah sahabat baiknya, Ubai apabila dilaporkan telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Nurhana pada petang Jumaat.

Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus Mat Nahar, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1212.12 kepada pengantin perempuan.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pasangan sama cantik sama padan itu dilihat mengenakan busana sedondon berona putih.

Memetik portal Oh!Bulan, majlis akad nikah itu dipercayai berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Johor.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke sesi siaran langsung itu turut mengirimkan ucapan tahniah selain mendoakan pasangan itu bahagia selamanya.

Mamat cukup dikenali terutama dalam kalangan pengguna TikTok dengan konten lucu yang sering dilakukannya.