Berbekalkan RM50, jejaka pemurah ini peroleh rezeki yang tak disangka-sangka
Teka teki mengenai ganjaran kereta pacuan empat roda untuk pemuda tular yang dikenali sebagai ‘Abang Viva’ atau Azwan Omar, 29, terjawab apabila dia menerima Mitsubitshi Triton, hari ini.
Menerusi hantaran di laman Triton Malaysia Club, sebuah video berdurasi satu minit memaparkan Azwan tersenyum melihat sebuah Mitsubitshi Triton tiba di hadapan rumahnya.
.
Turut kelihatan dalam rakaman itu pengasas Shalicious Empire Sdn Bhd, Sha Hassan yang sudi menghadiahkan pemuda itu sebuah pacuan empat roda selepas kisah ‘Abang Viva’ membantu bangsa banjir tular.
“Alhamdulillah, Abang Viva dah terima 4×4 Mits Triction.
“Rezeki dari Allah untuk insan yang baik. Dalam sebulan Mits permudahkan urusan usahawan Sha Hassan dalam urusan pendaftaran untuk Abang Viva,” tulis di ruangan kapsyen.
Dalam rakaman itu juga dilihat ibu dan bapa Azwan menadah tangan tanda syukur atas hadiah yang diterima anaknya.
Ibu dan bapa Azwan menadah tangan tanda syukur atas hadiah yang diterima anaknya
Rata-rata pengguna media sosial mengucapkan tahniah kepada Azwan atas rezeki menerima hadiah kereta pacuan empat roda daripada usahawan itu.
“Modal buat baik tak kira RM50 dan penat. Pulangan hebat dari Allah buat insan yang ikhlas,” kata Aini Rose.
“Asbab bantu mangsa banjir, pelbagai rezeki datang. Dalam tak sedar rezeki dia jaga anak arwah kakaknya juga Allah balas rezeki yang tidak disangka.
Gunakan hadiah ini ke jalan kebaikan kelak,” kata Izza Hafiz.
“Saya tengok video ini pula rasa sebak. Bahagia mak ayahnya dapat anak macam abang Viva,” kata Syawarina.
Kereta pacuan empat roda itu adalah hadiah kedua yang diterima ‘Abang Viva’ selepas dia dikhabarkan menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi, Yamaha XJ6 Diversion.
Beberapa keping gambar yang tular di Facebook memaparkan Azwan menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi bernilai RM39,000 dipercayai sumbangan seorang individu.
Berdasarkan perkongsian gambar itu, motosikal itu dihadiahkan oleh seseorang sebelum diserahkan oleh sebuah kedai motosikal terkenal di Shah Alam, ICITY Motoworld Sdn Bhd.
Sumber – MalaysiaPost