Berbelah bahagi!!! Keputusan letak jawatan kabinet belum muktamad

Berbelah bahagi!!! Keputusan letak jawatan kabinet belum muktamad

[DIKEMAS KINI] Menteri Tenaga dan Sumber Air, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan parti belum membuat apa-apa keputusan berhubung ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta untuk menarik diri.

Bagaimanapun Shamsul Anuar berkata, sebagai pemimpin beliau akur keputusan yang diputuskan parti.

”Itu wajib sebagai seorang pemimpin kerana kita tidak boleh meletakkan agenda peribadi lebih daripada agenda parti,” katanya selepas menyerahkan cenderahati kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

Beliau mengulas mengenai gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah supaya semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN termasuk diberikan jawatan dalam GLC diminta menarik diri mulai hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, ia susulan cadangan daripada bahagian-bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan.

Sementara itu, mengulas mengenai gelaran Menteri UMNO yang diskasifikaskan sebagai ’kluster menteri’ dalam Kabinet, Shamsul Anuar yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata, tiada label kluster menteri dan kluster mahkamah dalam UMNO.

”Yang ada hanyalah ahli dan pejuang UMNO. Sebab itu kita tutup semua label-label ini. Parti kita nak ke depan. Kita nak tunjukkan kepada rakyat kita berjuang untuk rakyat.

“Sebab itu kita mesti tamatkan semua cakap-cakap yang boleh merosakkan parti kerana rakyat sedang melihat UMNO dan rakyat mahu UMNO kembali bangkit,” katanya. – SH