Bercuti sebulan di Singapura, Hanipa persoal adakah Najib nak bidankan sendiri anaknya
Anggota parlimen pembangkang mempersoalkan kenapa kerajaan membenarkan Najib Razak (BN-Pekan) ke luar negara selama sebulan untuk melawat anaknya yang akan bersalin.
“Dia bukan bidan,” kata Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang).
Katanya, Najib telah menjejaskan ekonomi negara dalam kes 1MDB dan oleh itu tidak layak mendapat layanan istimewa, menurut laporan dikongsikan dari portal Malaysiakini.
Mahkamah Rayuan minggu lepas membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan kembali pasportnya buat sementara bagi melawat Nooryana Najwa yang akan melahirkan anak kedua.
Sebelum ini, Hanipa di dalam hantaran facebooknya berjanji akan membangkitkan ‘keistimewaan’ yang diperolehi Najib dan isterinya Rosmah untuk menemani anaknya di Singapura meskipun sedang berdepan dengan pendakwaan pelbagai kes di mahkamah dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.