Berdepan serangan Rafizi, tentera siber Najib kini kepanasan

Berdepan serangan Rafizi, tentera siber Najib kini kepanasan

Rafizi Ramli ni ada penyakit apa? Selepas gagal bersembang pasal isu Sapura, hari ini dia pertikai pula kononnya kerajaan dahulu gagal menjaga pasaran saham dan kepentingan GLC negara

Sedangkan fakta jelas menunjukkan antara 2009 – 2017, nilai pasaran saham Malaysia bertambah daripada RM982 bilion kepada RM1.9 trilion – peningkatan hampir 100% dalam masa 8 tahun

Malah ketika zaman DS Najib lah, GLC-GLC negara pada ketika itu menguasai 42% daripada nilai keseluruhan Bursa Malaysia. Selain memiliki 68 ribu anak syarikat yang membiak di seluruh negara.

Bayangkan dalam keadaan pasaran saham Malaysia yang dianggap pasaran paling menguntungkan (bullish) di dunia pada ketika itu, berapa besar manfaat yang diperoleh oleh GLC-GLC ini?

KWSP ketika itu memegang 12% nilai saham di Bursa Malaysia. PNB memegang 7% dan Khazanah Nasional 9%.

Ia akhirnya menaikkan nilai setiap GLC berkenaan. Sebagai contohnya, nilai Khazanah meningkat daripada RM33.7b kepada RM115.6b dalam tempoh 9 tahun. PNB daripada RM120b kepada RM279.2b, Tabung Haji daripada RM20.8b kepada RM73b dan KWSP daripada RM341.6b kepada RM814.4b.

Semua ini berlaku sepanjang tempoh pentadbiran DS Najib sebagai Perdana Menteri.

Inilah yang menyebabkan kenapa dividen-dividen KWSP, Tabung Haji dan ASB adalah antara yang tertinggi dalam sejarah pada ketika itu. Manfaat inilah yang mengalir kepada rakyat dalam bentuk ‘free money’ yang akhirnya membentuk kuasa beli besar yang memakmurkan negara.

Dan apabila PH mengambil alih, semua pencapaian ini hancur berkecai. Bursa Malaysia dianggap pasaran saham paling buruk Asia. Nilai aset bersih Khazanah turun RM25 bilion. Tabung Haji pula hilang kepercayaan pendeposit sehingga nilai simpanan TH menurun di bawah RM70 bilion – kali pertama dalam tempoh 5 tahun

Jadi bagaimana si Rafizi ini boleh tuduh DS Najib gagal menjaga kepentingan negara sedangkan fakta-fakta ini dihadapan mata?

Dia bertapa kat mana 2 tahun ni? Bertapa kat langit kemudian turun ke bumi menjadi Ayah Pin ke?

Sumber – FB Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu