Berdoa Syamsul terima kifarah masa tua & diuji kesihatan, isteri Aaron Aziz mohon maaf akui emosi

Berdoa Syamsul terima kifarah masa tua & diuji kesihatan, isteri Aaron Aziz mohon maaf akui emosi

 

Isu rumah tangga belum selesai, sekali lagi Syamsul Yusuf membuat sidang media bagi menjelaskan beberapa perkara berbangkit yang selama ini belum dijawab olehnya.

Ini termasuklah pengguguran nama Datuk Aaron Aziz daripada terlibat dengan filem arahannya.

Memandangkan kau (Syamsul) taknak jumpa, ni je cara aku nak bela diri

Walau bagaimanapun, kenyataan yang menyentuh mengenai faktor usia dan bentuk fizikal cukup mengguris hati Datuk Aaron.

Sejak awal lagi kesihatannya tidak begitu baik, namun dia setuju untuk bekerjasama selepas diyakinkan oleh Syamsul.

Kesungguhan Datuk Aaron mempersiapkan ‘badan’ yang dikehendaki pihak produksi bukan saja bertumpu melalui training stamina, malahan pelakon asal Singapura ini turut mengambil injection tertentu.

Saya berdoa untuk Syamsul terima nasib sama apabila sudah berusia

Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Datin Diyana Halik selaku isteri dan pengurus kepada Datuk Aaron juga terkilan dengan penghinaan yang dilempar.

Justeru pada semalam, dia sempat dedahkan beberapa perkara dan secara tidak sengaja mendoakan agar satu hari nanti Syamsul akan diuji dengan dugaan sama.

Pengajarannya kat sini, nak all out berpada-padalah untuk siapa

Akan tetapi, sebentar tadi dia telah mengubah kenyataan berkenaan dan akui terlampau mengikut emosi semalam sehingga mendoakan benda tidak baik kepada orang lain.

Hatinya pedih apabila melihat suami sendiri dipandang hina sebegitu, sebab itulah Datin Diyana Halik tampil bersuara untuk melindungi.

Namun dia akui khilaf dan meminta maaf, dalam masa sama bersyukur kerana Datuk Aaron dilindungi daripada terlibat dengan projek berkenaan.