Bergambar rapat sampai bergesel-gesel dengan lelaki, Neelofa ditegur netizen

Bergambar rapat sampai bergesel-gesel dengan lelaki, Neelofa ditegur netizen

 

Personaliti TV dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mencuri perhatian orang ramai sewaktu berada di sebuah majlis keceriaan bersama Lancome.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Neelofa dilihat bergambar bersama pelakon, Daiyan Trisha dan seorang peminat lelaki.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah apabila usahawan berusia 34 tahun itu dikatakan bergambar terlalu rapat dengan lelaki berkenaan.

Bila kau kena pose ala poster Lancome be like.

@ezarz93

Bila kau kene poses ala poster Lancome Be Likee!!! Tabah la yee Daiyan!!😂@neelofa @Daiyan Trisha #neelofa #daiyantrisha #lancomemy #keceriaanbersamalancome #neelofafans #tiktoknalaysia🇲🇾 #artismalaysia#fypシ

♬ Funny Song – Cavendish Music

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok telah memberi teguran kepada Neelofa memandangkan lelaki tersebut bukanlah mahramnya.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang meminta isteri kepada PU Haris itu untuk menjaga imej sebagai seorang wanita berpurdah.

Namun, ada juga peminat yang memuji kecomelan Neelofa apabila memegang ‘baby bump’ setiap kali bergambar.