Berhati-hatilah jika ke ‘kalabul malami’, Puteri Sarah didakwa menyindir pasangan suami & skandalnya

Berhati-hatilah jika ke ‘kalabul malami’, Puteri Sarah didakwa menyindir pasangan suami & skandalnya

“Sekarang Club dah buka, kalau pergi tu jaga2 tengok..”, Puteri Sarah tuju pada siapa? Menerusi ciapan instagram story pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dilihat seolah-olah memberi ‘peringatan’ kepada individu yang didakwa sering ke kelab malam.

Walaupun tidak dapat dipastikan siapakah individu terbabit, beliau sempat meninggalkan pesanan tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram story miliknya pada Jumaat lalu.“Sekarang club dah buka balik. Klau pergi tu jaga-jaga. Tengok kanan, kiri jangan nanti ada orang tersnap gambar. Dah viral balik.

“Lepastu jaga-jaga dekat club ramai orang. Takut terkena c0vld.#sekadarperingatan,” tulisnya.

Pada 15 Julai lepas,Puteri Sarah tampil memberi komen balas kepada seorang pengguna media sosial yang dilihat menegur tindakannya yang seolah-olah enggan merestui hubungan suaminya dengan Ira Kaza. “Mampu nak kahwin lagi, kahwin je lah… Tak payah sibuk… Puteri Sarah terima je lah, Islam izinkan…” tulis individu terbabit.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Puteri Sarah juga didakwa enggan menolak perceraiannya itu gara-gara kekayaan yang dimiliki suaminya, Syamsul Yusof.

Pengurus beliau yang dikenali sebagai Emi Mat Rozekhi turut tampil membidas dakwaan tersebut dan memaklumkan aktres itu tidak hairan dengan kekayaan yang dimiliki pengarah tersohor terbabit memandangkan dia juga mampu untuk memiliki apa yang dikehendaki hasil titik peluh dan kerja kerasnya selama ini.