Beri alasan kes ‘backlog’, wanita ini kecewa Khairy gagal pulihkan keyakinan rakyat terhadap KKM

Beri alasan kes ‘backlog’, wanita ini kecewa Khairy gagal pulihkan keyakinan rakyat terhadap KKM

TELUS

1. 2 bulan lalu, bila hospital sentiasa penuh, wad ICU tak cukup dan sistem kesihatan hampir lumpuh, disuruh pesakit level 1 dan 2 kuarantin saja di rumah. Maka, digembar gembur keadaan terkawal sebab PKRC dan hospital makin kosong. Ramai yang percaya.

2. Dulu bila kes dah naik belas ribu, kes sporadik dah masuk dalam komuniti, katanya kebanyakan kes minor sahaja. Maka, ditayangkan kes 90% level 1 & 2, bukan kes teruk melibatkan nyawa. Ramai yang percaya.

3. Sekarang bila kes kematian makin tinggi sampai nak cecah 600 kes sehari, dikatakan pula ini semua kes backlog dari 2-3 minggu lepas. Banyak yang direkodkan kes kematian “berkaitan” Covid (death with Covid) bukan kematian “disebabkan” Covid (death due to Covid). Pening dibuatnya. Sekarang, ramai dah susah nak percaya.

4. Thing is, Rakyat Malaysia bukan bodoh. Lagi dispin dan disorok lagi mereka naik hantu.

5. Makanya, KKM perlu lebih telus. Kalau kematian meningkat sebab varian Delta dah makin mengganas, KKM perlu hanya bgtau keadaan sebenar. Negara lain pun sama. Kita boleh terima.

6. Cumanya jangan disugarcoat. Sebab Kerajaan dah umum buka sempadan negeri. Orang dah syok nak berjoli. Kita pun tahu bukan sebab kesihatan tapi sebab ekonomi.

7. Makanya bagi gambaran sebenar agar Rakyat waspada. Takde la melompat sakan macam keadaan dah baik seperti sedia kala.

8. We all know, we are stuck with you now, so let’s just work together. Help us to help you. We can go through this, better together.

#kementeriankesihatanmalaysia #covidgoaway #kitajagakita #unitythewayforward