Beri ucapan terima kasih, Shuhada dedah terima surat tuntutan dari ‘penyondol’

Beri ucapan terima kasih, Shuhada dedah terima surat tuntutan dari ‘penyondol’

 

Masalah rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mohd Shukri bermula selepas dikatakan pelakon terbabit menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita lain.

Terima surat tuntutan dari orang ketiga

Selepas pelbagai isu timbul, hari ini Shuhada telah membuat satu perkongsian dengan mendedahkan bahawa ‘pihak ketiga’ telah memberikan surat tuntutan kepadanya disebabkan tulisannya di Instagram bagi menjawab permohonan maaf yang dibuat wanita itu.

Menurut Shuhada, dia akui berasa susah hati dengan apa yang berlaku kerana tidak pernah melalui pengalaman di mahkamah sebelum ini. Lebih-lebih lagi ketika memikirkan berkenaan tuntutan ganti rugi yang bakal dituntut.

Baru mula perniagaan, masalah bertalu2

Ujarnya lagi, dia baru sahaja memulakan perniagaan dan mendapat pendapatan sendiri bagi menyara dia serta anak-anak memandangkan tidak pernah menyangka akan berlaku semua ini ketika bergelar suri rumah.

Jadi, dia baru tersedar bahawa simpanan sangat penting kerana langit tidak selalu cerah seperti apa yang sedang dilalui kini.

Masalah yang datang seakan bertalu-talu bermula dengan kes di mahkamah syariah, keganasan rumah tangga dan terbaru berkenaan tuntutan ini pula.

Namun, Shuhada seakan memberikan kekuatan buat dirinya sendiri dengan mengatakan tidak akan kalah dan tetap harus kuat demi anak-anak.

“Walaupun rasa seperti jatuh ditimpa tangga selepas proses penceraian, kes mahkamah syariah, kes keganasan rumahtangga dan yang ini pula.

Tak apa! Saya perlu bangkit. Jangan kalah. Saya kena kuat dan ini perjuangan saya. Saya hendak bagi contoh pada anak-anak saya kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak. Biarlah satu ketika dulu saya silap, terlalu percaya,” tulisnya.

Untuk rekod, Shuhada telah menulis kenyataan mengucapkan terima kasih kepada ‘penyondol’ rumah tangganya kerana menghancurkan hati serta anak-anaknya.

Hal tersebut dilakukan selepas tular permohonan maaf dari wanita tersebut kerana menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Hafidz Roshdi dan Shuhada.

Shuhada dan Hafidz Roshdi kini masih dalam proses di mahkamah syariah selepas dia mereka menfailkan penceraian apabila pelakon drama tersebut dikatakan telah melafazkan talak melalui panggilan telefon.

Hafidz juga mengaku tidak bersalah mencederakan isterinya sehingga menerima 10 jahitan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh tempoh hari.