Berita Gembira Buat Anak Pahang!!! Permohonan BKMB Yayasan Pahang (YP) Kini Dibuka, Elaun Sara Hidup Sehingga RM9,240

Berita Gembira Buat Anak Pahang!!! Permohonan BKMB Yayasan Pahang (YP) Kini Dibuka, Elaun Sara Hidup Sehingga RM9,240

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri – bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Ia termasuklah melalui sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) daripada Yayasan Pahang (YP). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut;
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  • Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  • Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2021 seperti berikut:
    •  Calon SPM: 9 A+ ke atas
    • Calon STPM: 4 Prinsipal A
  • Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara);
    • Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul;
    • Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Dimaklumkan bahawa, biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Nilai Anugerah

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BKMB boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem SISPEN YP.

Borang permohonan kemudiannya wajib dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapatkan pengesahan daripada wakil yang dilantik oleh YP sebelum diemailkan ke: [email protected].

Tarikh tutup permohonan pada 08 JULAI 2022 (JUMAAT).

Untuk maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini, sila baca – DI SINI.

Sumber – portal SemakanBantuan.com