Berita gembira buat para suri rumah, ini tips murah & mudah bersihkan kerak dan hitam pada seterika

Berita gembira buat para suri rumah, ini tips murah & mudah bersihkan kerak dan hitam pada seterika

Pernahkan anda berdepan dengan masalah kesan hitam dan hangus pada permukaan seterika? Sudah tentu ianya memeningkan kepala anda, terutamanya buat para suri rumah yang aktif dengan aktiviti menggosok pakaian keluarga.

Namun sebenarnya mqsalah ini boleh diselesaikan dengan mudah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Memetik perkongsian FB Achai Wong, dia hanya menggunakan Panadol untuk menghapuskan kotoran itu dan ia boleh dilakukan dengan cepat dan berkesan. Ya, hanya dengan menggunakan Panadol.

Cara-cara:
1. Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada kesan hitam di permukaan seterika. Guna alat yang sesuai supaya seterika panas tak terkena tangan.
3. Semasa menggosok Panadol, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam itu. Selain Panadol, anda juga boleh menggunakan garam untuk menghilangkan kesan hitam pada seterika.
4. Selepas kesan hitam mula tangga, lap permukaan seterika dengan menggunakan kain.

Selain itu, seorang lagi individu dikenali sebagai Lynn Kamil turut berkongsi kaedah yang dilakukannya untuk membuang kesan hitam pada seterika.

Cara-cara:
1. Letak garam atas surat khabar.
2. Panaskan seterika.
3. Gosokkan seterika atas garam tadi sampai permukaannya kembali berkilat.