Berita gembira buat penjawat awam, kerajaan setuju awalkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 14 April ini

Berita gembira buat penjawat awam, kerajaan setuju awalkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 14 April ini

Kerajaan bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April ini.

Memetik Sinar Harian, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed menerusi surat rasmi pada Isnin memaklumkan, perubahan tarikh itu dibuat setelah mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam membuat persediaan bagi menyambut perayaan tidak lama lagi.