Berita isteri Hafidz Roshdi hamil, netizen buat andaian – “Waktu kena tumbuk, dia tengah hamil?”

Berita isteri Hafidz Roshdi hamil, netizen buat andaian – “Waktu kena tumbuk, dia tengah hamil?”

 

Perkongsian daripada isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai berita kehamilan anak ketiganya di laman Instagram ternyata telah mengejutkan ramai pihak.

Mana tidaknya, dia yang kini sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan tanpa insan yang bergelar suami selain perlu menghadapi kemelut rumah tangga sudah cukup memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupannya bersama dengan anak-anak.

Maknaya Shu dipukul ketika hamil anak ketiga?

Susulan hantaran yang dibuat oleh Shuhada semalam, ramai netizen meluahkan rasa kasihan terhadap ujian yang menimpa dirinya.

Malah, apa yang lebih menyayat hati, ada segelintir individu membuat spekulasi dimana Shuhada telah dipukul oleh suaminya di dalam kereta tanpa mengetauhi dirinya sedang hamil anak ketiga.

Namun begitu, mereka bersyukur keadaan Shuhada serta anak dalam kandungan tidak mengalami apa-apa kecelakaan dan masih berada dalam keadaan baik.

Teruskan kuat hadapi ujian Shu!

Selepas satu persatu ujian yang dihadapi oleh Shuhada, ramai yang tidak henti memberikan sokongan serta kata-kata semangat untuk wanita terbabit untuk terus berjuang meneruskan kehidupan dalam membesarkan anak yang dikandung serta dua orang cahaya matanya.

Semoga dipermudahkan segala urusan

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar urusan Shuhada sentiasa dipermudahkan selalu dan mereka yakin dia dapat mengharungi segala dugaan yang ada dengan penuh kesabaran.