Berkali-kali guna taktik cancel order, rider cekup pelanggan senyap-senyap turun ambik makanan selepas batal pesanan

Berkali-kali guna taktik cancel order, rider cekup pelanggan senyap-senyap turun ambik makanan selepas batal pesanan

 

Tular satu video di media sosial mempamerkan seorang lelaki yang juga penghantar makanan berdepan dengan pelanggannya yang membatalkan tempahan.

Difahamkan, tindakan pelanggan itu bertujuan untuk mendapatkan makanan percuma kerana dia memilih kaedah pembayaran COD.

Kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Puchong dan pelanggan licik ini akan mengarahkan rider untuk tinggalkan makanan mereka di lobi walhal dia sudah pun membatalkan pesanan di aplikasi.

Ini pun order sudah cancel, you cancel kan tau. Tapi you turun bawah untuk ambil makanan ini. Kalau you dah cancel, tak boleh ambil. Ini cancel, saya makan.”

Tambah lelaki itu, dia memang sengaja menunggu pelanggan wanita berkenaan turun dari rumahnya untuk mengambil makanan kerana ia merupakan kali ketiga dia melakukan taktik tersebut pada hari yang sama.

Rider bernama Amirol itu juga sempat memberi amaran kepada pelanggan itu untuk membuat laporan polis kerana sudah menganiaya penghantar makanan.

Ramai netizen memuji Amirol kerana bercakap dengan tenang dan bersopan meskipun dalam keadaan marah terhadap pelanggan terbabit.

Saya suka cara rider ni. Tenang tapi tegas, takde sepatah kata kesat dan tidak naik baran.”

Sementara itu, ramai yang menghentam tindakan pelanggan wanita berkenaan kerana menyusahkan kerja rider dan menyekat rezeki mereka bekerja.