“Bermacam tempat, urut sengkaklah, ubat kesuburanlah…” – Gara-gara sindiran ibunya tentang anak, pemuda ini ambil keputusan berpisah dengan isteri sendiri

“Bermacam tempat, urut sengkaklah, ubat kesuburanlah…” – Gara-gara sindiran ibunya tentang anak, pemuda ini ambil keputusan berpisah dengan isteri sendiri

 

Soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Rezeki anak telah ditentukan sejak dari awal kejadian kita lagi.

Soalan sinis seperti “Kenapa belum dapat anak lagi?”, terutama pada pasangan yang sudah lama berkahwin dianggap isu yang begitu kerap dibangkitkan mutakhir ini, lebih-lebih lagi di saat ramai sedang berkumpul meraikan sambutan Syawal.

Walaupun dengan nada bersahaja, muka mereka tersenyum, jauh di sudut hati mereka rasa terluka, tambahan lagi sekiranya soalan itu diutarakan orang terapat di dalam keluarga kita.

Begitulah juga dengan perkongsian lelaki ini di FB miliknya baru-baru ini.

Pemilik yang menggunakan nama akaun Azizul Zairi berkongsikan satu kisah sedih melibatkan sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama lebih 8 tahun namun masih belum diberi rezeki dikurniakan anak.

Menurutnya, gara-gara masih belum dikurniakan anak meskipun telah berkahwin selama lebih 8 tahun itu, lelaki tersebut terpaksa berpisah sementara dengan isterinya bagi mengelakkan terus tertekan disoal ibunya tentang anak. Ikuti kisah seterusnya.

Saya menyelar sekeras-kerasnya tindakan memerli atau menyindir ujian bagi mereka yang belum punya anak.

Adab ziarah raya dan berkumpul cukuplah tanya seadanya. Sekadar modal sembang.

Bukan berlebihan sindir dan perli! Ini soal rezeki Allah. Siapa kita nak menidakkan ketentuan Allah?!

Ada suami isteri diuji dengan ekonomi.

Ada pasangan diuji dengan kesihatan.

Kita hanya mampu berikhtiar. Allah juga yang berhak ke atas ‘Kun Fayakun’.

Saya doakan mereka dikurniakan rezeki yang melimpah. Disayangi makhluk bumi dan langit. Amin.