Berniat untuk ke luar negara, ketahui cara perbaharui passport mulai 15 Mei 2022

Berniat untuk ke luar negara, ketahui cara perbaharui passport mulai 15 Mei 2022

Sebelum ni renew passport boleh walk in kat utc, tgkp gambar semua kat situ,passport akan dpt selepas sejam buat pembayaran.

Sejak 11 may 2022, passport renewal tak boleh walk in lagi ,kena gi ambik gambar kat kedai gambar,cakap untuk buat passport online, jgn cakap nak buat gambar passport..dua benda berbeza agaknya tu..nanti kedai gambar akan bagi soft copy gambar kita yg dia dah adjust . Jgn tgkp sendiri gambar, peluang application x approve sgt la tinggi.

Pastu balik rumah kena bukak website immigration (kat laptop lebih bagus) dan isi maklumat, upload gambar passport tadi, buat bayaran online.
Kalau anak umur 18 tahun kebawah kena upload surat beranak yg file saiz 220 apa benda ntah..lbh dr itu dia x terima. Tadi cuba scan dari iphone and upload dia xnak sbb file size besar,kena scan dari printer/ scanner baru lepas..

Dah buat bayaran, print resit dan tunggu email yang menyatakan passport dah siap..kalau tak dapat email,selepas 3 hari baru boleh dtg ambik kat pejabat immi. Katanya jgn harap nak dpt email tu, maka dtglah selepas 3 hari untuk dapatkan passport.

Aaa satu lagi masa nak bayar jgn salah isi username/ password bank sebab kalau salah lepas tu nak bayar semula dia suruh tunggu sebentar..tunggu dari pukul 10 sampai pukul 1 pun dia suruh tunggu lagi…

Nak ambik passport tu kalau kat utc kena beratur ambik nombor dulu tau, bukan ada kaunter khas utk ambik passport online..bercampur2 gak dgn org walk in, kurang2 beberapa jam jugak tu kalau org ramai

Yang boleh walk in:
1. Warga emas
2. First timer buat passport
3. Kanak-kanak 12 ke bawah
4. Passport rosak
5. nak pergi haji
6. Nak study overseas
dan bbrp golongan lagi ..boleh google

Yang nak disampaikan kat sini, sistem online ni semakin maju ke semakin mundur? Dulu siap slps sejam skrg siap selepas 3 hari.
Dulu senang, gi je immi one stop centre, ambik gambar situ, bayar situ, dpt passport on the spot. Sekarang makin banyak plak kerja kita kan..Kalau xde scanner menggagau la pulak nak upload surat beranak anak 🤣

Sumber – FB Fazilah Johar