Berpantang maut sebelum ajal, video kemalangan seorang penunggang motor hampir dilanggar lori

Berpantang maut sebelum ajal, video kemalangan seorang penunggang motor hampir dilanggar lori

Setiap kali hujan turun membasahi jalan, semua pengguna jalan raya sentiasa diingatkan untuk memperlahankan kenderaan kerana jalan yang licin boleh menyebabkan apa-apa jua kenderaan boleh tergelincir lalu terbabas.

Pada lewat petang semalam tular satu rakaman dashcam salah seorang pengguna jalan raya telah merakam satu insiden di mana seorang penunggang motosikal nyaris digilis lori selepas tergelincir lalu terjatuh di atas jalan raya.

Menerusi perkongsian portal The Vocket, rakaman video pendek berdurasi 16 saat menunjukkan aksi lelaki itu segera bangun dan menyelamatkan diri apabila sedar ada sebuah lori panjang dibelakangnya sedang membrek kecemasan meluncur menuju ke arahnya.

.
Rakaman video ngeri itu telah dikongsikan lebih beribu kali di kalangan netizen dan ramai menyatakan andaikata lelaki itu terlambat sedikit, sudah pasti lori tersebut akan menggilis penunggang motosikal terbabit serta-merta.

Tambah netizen lagi, nasib baik lelaki terbabit tidak nampak panik dan mempunyai refleks yang cepat semasa lori itu bergerak menuju ke arahnya. Sekaligus ia membantu lelaki itu bertindak cepat menyelamatkan dirinya sendiri.

Perkongsian menerusi Facebook Dashcam Owners Malaysia

Perkongsian menerusi Facebook Dashcam Owners Malaysia

Perkongsian menerusi Facebook Dashcam Owners Malaysia

Tambah netizen lagi, pengguna jalan raya diminta memperlahankan kenderaan dan penunggang motosikal digalakkan berhenti berteduh atau mengguna lorong motosikal yang disediakan bagi mengelak kemalangan berlaku ketika waktu hujan.