Bersiar di atas kapal dihiasi belon, Heliza lahirkan kesyukuran dijodohkan dengan suami yang romantik

Bersiar di atas kapal dihiasi belon, Heliza lahirkan kesyukuran dijodohkan dengan suami yang romantik

Kisah perkahwinan selebriti kebajikan, Heliza Helmi nampaknya terus mengekalkan momentumnya sebagai kisah perkahwinan paling ‘trending’ di media sosial buat masa ini.

Pelbagai kisah kehidupannya kini semakin kerap dipaparkan buat tatapan para peminatnya, tidak seperti dahulu.

Dari kisah ditaja mengadakan majlis resepsi berkali-kali olah sahabat baiknya sehinggalah kepada kisahnya memakaikan stoking ke kaki suami yang tercinta, semuanya dikongsikan demi peminat yang sering mendoakan jodoh buatnya dahulu.

Terbaru, isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman membuat pengakuan jujur lagi ikhlas bahawa suaminya seorang yang terlalu romantik, meskipun pada luarannya seorang yang agak serius dan garang.

Ceritanya, sewaktu berbulan madu di Pulau Langkawi baru-baru ini, Mahadi membuat kejutan untuk ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang pertama kali disambut bersama.

Dia turut berkongsikan video bersama-sama-sama suaminya itu di atas kapal persiaran atau dipanggil ‘cruise’ di lalan IG nya.
Dalam hantaran itu, Heliza akui terkejut dengan sambutan awal sehari yang dilakukan suaminya.

Bukan hanya dibawa menaiki kapal, Mahadi turut menghias ruang itu dengan hiasan belon yang tertera ayat ‘Sanah Helwah Kak Ja Sayang’.

Memilih untuk sedondon memakai busana bercorak, Heliza kelihatan malu apabila Mahadi mengajaknya membuat ‘pose’ seperti dalam filem Titanic.

Kak Ja tak tahu ini semua dia (Mahadi) punya pasal. Serius saya tak sangka dia nak bawa naik cruise, jadi pakai biasa-biasa ja. Nasib sedondon juga. Saya sebenarnya sangat malu.

Bawa sekali seluruh ahli keluarga
Selain itu, menerusi hantaran berbeza, pemilik nama Nur Heliza Helmi mendedahkan dia menerima satu lagi kejutan yang tidak disangka.

Kata penyanyi berumur 36 tahun, rancangan membawa seluruh ahli keluarganya datang ke pulau peranginan itu adalah hadiah paling bermakna.

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut sama memberi ucapan dengan mendoakan agar bekas pelajar Akademi Fantasia Musim kelima ini dipanjangkan umur dan hidup sentiasa diberkati Allah.

Terdahulu, Heliza berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.