Bersolek untuk hari Merdeka, bapa kesal anak darjah 2 dimarah guru, nekad bersemuka

Bersolek untuk hari Merdeka, bapa kesal anak darjah 2 dimarah guru, nekad bersemuka

Bersempena bahang sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 bakal tiba berbaki kurang seminggu lagi, banyak sekolah sudah mulakan pelbagai program untuk menyemarakkan semangat patriotik pelajar. Ini termasuklah dengan hari memakai baju tradisional ke sekolah mengikut tema dan pilihan murid itu sendiri.

Ammara siap rehearsal dekat rumah sebab katanya nak buat catwalk depan kawan-kawan

Namun semalam, seorang bapa di TikTok meluahkan rasa terkilan setelah anaknya, Ammara dimarahi guru kerana mengenakan solekan saat hadir ke sekolah. Ia sekaligus merosakkan kegembiraan murid darjah 2 itu yang sudah terlalu teruja sejak dari rumah lagi. Selain dimarah, guru perempuan tersebut juga mengelap kesan makeup Ammara menggunakan kain.

Guru tu cakap “Ammara tak faham bahasa…Mak bapak tak bagitahu ke tak boleh makeup”

Apa yang membuatkan si ayah kesal, guru itu telah memarahi Ammara di hadapan murid-murid lelaki yang lain tanpa budi bicara. Sedangkan dalam mana-mana grup WhatsApp kelas, ibu bapa tidak dimaklumkan tentang larangan bersolek untuk para pelajar.

Budak darjah 2 kot…Kau bercakap dalam perhimpunan agak-agak dia fokus ke?

Akhirnya, Encik Shazliey bersemuka sendiri dengan cikgu berkenaan. Wanita itu kemudiannya menyalahkan guru lain yang kononnya tidak menyampaikan maklumat tepat kepada pelajarnya. Mujurlah rakan-rakan lain memujuk Ammara dan keadaan kembali tenang.

 

 

@shazliey1

pengamalan dan dugaan yang hebat buat anak papa… Nur Ammara Keysha.. #ammarakeysha #fyppp #fypシ

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama