Bertahan hanya dua bulan, Shuhada umum bisnes ‘cookies’ terpaksa ditutup

Terdahulu, tular di media sosial kritikan netizen mendakwa biskut Shelup Shelup yang dijual isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Shuhada terlalu mahal.
@faesecret Satu Tak Cukup Shelup Shelup By Shuhada Shukri🍪
Selepas dua bulan beroperasi, Shuhada menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan telah menutup pesanan untuk biskut itu bermula semalam.
Shuhada mengaku berhadapan dengan pelbagai dugaan sejak ianya dilancarkan dan itu adalah normal dalam dunia bisnes. Dia mahu bergerak lebih jauh dengan produk baru akan datang.
Di ruangan komen, netizen berkata, harga yang terlalu tinggi dikatakan menjadi punca perniagaan itu tak berjaya. Mereka menasihati Shuhada supaya mengeluarkan produk mesra poket di mana semua pengikut dapat menyokongnya.


