“Bertahun lamanya saya tak cakap apa-apa sebab nak simpan sendiri hal keluarga, cuba sehabis baik untuk jaga tapi..” – Shila Amzah

“Bertahun lamanya saya tak cakap apa-apa sebab nak simpan sendiri hal keluarga, cuba sehabis baik untuk jaga tapi..” – Shila Amzah

 

Penyanyi, Shila Amzah akhirnya membuka mulut untuk menjelaskan konflik yang melanda keluarganya sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Tak pernah sangka

Menerusi temu bual Melodi, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berkata dia sama sekali tidak menyangka isu rumah tersebut akan menjadi sebesar itu malah tidak pernah terfikir untuk bermusuhan dengan keluarganya.

Saya tak bangga dengan apa yang saya cakap dalam ‘live’ tersebut, tapi dalam masa yang sama seandainya apa yang saya luahkan itu dapat memberi manfaat kepada sesiapa juga yang senasib dengan saya syukur Alhamdulillah, mungkin kesedaran itu harus di ketengahkan lagi.

Saya seorang yang sangat suka fikir positif sampai saya tak nafikan dia jadi ‘toxic positivity’ pada diri saya sendiri. Sebab saya selalu merasakan, ‘tak apalah lalui dulu benda ini, nanti insyaa-Allah ada jalan keluar’, macam bagi harapan.

Untuk di usia yang sebegini saya rasa lebih baik kita berbincang dengan cara yang baik, tidaklah sampai bermusuhan..tidaklah mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Saya sebenarnya mengharapkan benda ini tak menjadi seperti ini dan saya tak pernah sangka pun dalam hidup saya ini..kalau saya nak benda ini terjadi dah lama ia akan terjadi.

Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, kelantangan suaranya tempoh hari adalah selepas bertahun-tahun menyimpan rapi pekung di dada.

Saya pun tak tahu tiba-tiba hati saya terbuka setelah bertahun-tahun lamanya saya tak cakap apa-apa sebab hal keluarga kita nak simpan sendiri. Tak kira baik buruk itu darah daging kita. Orang cakap air dicincang takkan putus.

Saya cuba sedaya upaya saya, semampu saya sehabis baik untuk jaga tapi ini adalah apa yang Allah Taala kata untuk berlaku.

Usaha Shila

Ketika disoal tentang perancangan untuk berjumpa dan berbincang bersama keluarga, pelantun lagu Patah Seribu ini berkata dia telah berusaha namun tidak mendapat respon yang baik daripada mereka selain sudah hilang sabar.

Pernah cuba banyak kali, takkan lah kita tak cakap dahulu atau bincang dahulu tapi bila yang lain-lain tidak memberi kerjasama makanya saya terpaksa buat keputusan dengan sendiri tapi untuk memberi kehidupan yang lebih baik. Secara logiknya saya dah sampai tahap di mana kesabaran saya dan kehormatan saya dicabar dan tercabar.

Untuk isu ini sama juga, tak ada siapa yang kena halau. Tak ada isu langsung saya ini menghalau darah daging saya sendiri sebab kalau saya betul-betul nak buat saya tak payah tunggu lama. Tak ada siapa pun nak hidup dalam keadaan macam ini begitu lama.

Sementara itu, Shila turut berharap agar pintu hati seluruh ahli keluarganya terbuka untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang berlaku.

Jadi saya harap Allah bukakan pintu hati dia orang bukakan minda mereka, supaya betul-betul berfikir dalam apa jua yang mereka katakan sebab apa-apa yang kita tuding jari dekat orang akan berbalik juga kepada kita.

Saya harap perkara ini akan dijadikan iktibar.

Terdahulu, kemelut antara adik beradik itu bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.

Tidak berdiam diri, Shila kemudian mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.

Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa Shila bertindak sedemikian kerana wang.

@buletin.tiktok

credit : youtube tv3malaysia #fyp #berandatiktok #bikinpanas

♬ original sound – buletin.tiktok 📺 – buletin.tiktok 📺