“Bertahun tunggu kepulangan suami” – Ibu mentua kenang kesetiaan Puteri Sarah

“Bertahun tunggu kepulangan suami” – Ibu mentua kenang kesetiaan Puteri Sarah

 

Ibu kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan kesetiaan menantunya, Puteri Sarah Liyana sepanjang bergelar isteri kepada anak lelakinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Patimah di IG storynya, dia sebagai mak mentua sangat memahami keputusan yang diambil oleh Puteri Sarah selepas mengahadapi kemelut rumah tangga yang berpanjangan.

Ujarnya, sudah bertahun-tahun aktres yang berusia 38 tahun itu setia menunggu kepulangan suaminya namun, Puteri Sarah sudah akur memandangkan Syamsul sudah berkahwin buat kali kedua.

“Bertahun PS menunggu kepulangan suami, malah boleh tunggu lebih lama, namun bila suami memilih wanita lain, dia pasti mengundur diri,” tulisnya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah mendedahkan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof tidak jadi menceraikan isteri pertamanya, pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.

Keputusan tersebut berlaku disebabkan tiada lafaz cerai daripada pengarah yang berusia 39 tahun itu dan prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.