Bertudung & berbaju kurung, wanita sakan teguk arak di kelab malam

Bertudung & berbaju kurung, wanita sakan teguk arak di kelab malam

 

Biarpun imej seseorang itu tidak melambangkan keperibadian mereka, namun sudah pasti ramai yang akan beranggapan apabila gadis atau wanita bertudung akan mempunyai sifat malu serta sopan.

Namun, baru-baru ini tersebar beberapa foto yang sememangnya membuat ramai netizen terkejut kerana kelihatan seorang wanita bertudung dan berbaju kurung memasuki kelab malam.

perempuan bertudung minum arak

Bukan saja memasuki kelab malam, bahkan dia turut berasa bangga memaparkan dirinya sedang minum minuman keras (arak).

Rata-rata netizen yang melihat posting terbabit sememangnya tidak menyangka gadis manis bertudung seperti itu tidak berasa segan menayang kelakuannya kepada khalayak umum.

Bahkan, netizen turut merasakan gadis tersebut tidak perlu menjejakkan kaki ke kelab malam sambil memakai tudung dan berbaju kurung kerana ia merosakkan imej wanita Islam.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut mendapat lebih daripada 2000 tanda suka dan 300 lebih komen daripada pengguna.